Langkawi Hotel Promotions

MY|LGK|EN|Y|Y|Malaysia|Langkawi

Monday, November 23, 2009

Pekan Sungai Besi, Kuala Lumpur


Pekan Sungai Besi merupakan salah sebuah pekan yang terletak di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Daripada sebuah perkampungan ia membangun hasil daripada perusahaan melombong bijih besi yang memberikan nama itu kepadanya. Di sini jugalah terdapatnya lombong besi yang terdalam sekali di Malaysia dan kini lombong in menjadi sebuah tasik yang indah yang dinamakan The Mines.

Atas: Peta Google lokasi Pekan Sungai Besi. Dawah: Sekitar Pekan Sungai Besi

Saya telah bersiar-siar di pekan ini yang konsentrasi ialah sekitar Jalan Market (Jalan Suasa). Susunan rumah kedia dua tingkat dalam bentuk empat segi dan semua jalan di pekan ini dijadikan jalan sehala. Apabila diamati perjalanan kenderaan di pekan ini adalah mengikut arah jam. Sungai Besi rasanya satu-satunya pekan di Kuala Lumpur yang masih lagi berada dalam keadaan asalnya iaitu dengan bangunan-bangunan yang dibina dalam tahun 1933 dan kelihatan masih kukuh.


Pekan Sungai Besi kini menjadi tumpuan daripada penduduk sekitarnya kerana adanya pasar basah iaitu Pasar Sungai Besi. Selain itu  pekan ini juga mempunyai kemudahan lain seperti Klinik Kesihatan Kerajaan, Pejabat Pos, Balai Polis dan Mesjid Jamek. Semua kemudahan ini berada berdekatan dan boleh dihubungi dalam masa 10 minit berjalan kaki antara satu sama lain. Ia juga mempunyai pasar malamnya iaitu setiap hari Sabtu.


Gambar Atas dan Bawah diambil dari SINI

Salah satu lagi faktor yang menyebabkan Pekan Sungai Besi terus bertahan ialah kerana adanya Kem Tentera yang besar berhampiran iaitu Kem Perdana Sungai Besi dan juga perumahan PDRM yang terletak berkembar dengannya iaitu Bandar Tasek Selatan.

Sungai Besi berada pada lokasi yang agak strategik sekarang dan ia boleh dihubungi dengan mudah menggunakan pengangkutan awam iaitu, LRT. Stesen LRT antara Seri Petaling dan Sentul Timur melalui pekan ini dan pelawat boleh turun di stesen Sungai Besi. Ia juga boleh dihubungi melalui Lebuhraya Kuala Lumpur Seremban dan MRR II. Berhampiran dengan pekan ini juga sedang dibangunkan hentian bas ekspress antara bandar iaitu di Bandar Tasek Selatan yang juga merupakan stesen pertukaran untuk ERL ke KLIA disamping stesem komuter KTM.

No comments:

I Follow......

ADVERTORIAL



Langkawi Hotel Promotions

MY|LGK|EN|Y|Y|Malaysia|Langkawi